1.0 KONSEP BAHASA MELAYU KLASIK
Zaman bahasa Melayu Klasik bermula dari awal abad ke-14 Masihi hingga akhir abad ke-18 Masihi. Bahasa Melayu Klasik berada pada tahap ketiga dalam periodisasi bahasa Melayu, selepas bahasa Melayu purba dan bahasa Melayu Kuno (Awang Sariyan, 1998). Menurut Kamus Dewan (1986), perkataan klasik dirujuk kepada kesenian atau kesusasteraan yang lama atau yang mempunyai sifat-sifat yang tidak lagi terpakai; yang tinggi dan abadi nilainya atau lawan bagi perkataan moden. Berdasarkan takrifan ini, dapat dijelaskan bahawa bahasa Melayu Klasik diakui kepenggunaannya pada suatu masa dahulu. Bahasa ini telah digunakan secara meluas pada abad ke-13 hingga abad ke-19, iaitu ketika pengaruh Arab dan Islam sedang pesat berkembang di Nusantara. Zaman permulaannya ditandai dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah dan batu bersurat ini menggunakan tulisan Jawi sepenuhnya serta mempunyai kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab. Oleh itu, bahasa Melayu Klasik dikatakan muncul dan terpisah daripada bahasa Melayu Kuno apabila wujudnya penggunaan tulisan Jawi atau tulisan Arab berbahasa Melayu pada awal abad ke-14. Jadi, bahasa Melayu Klasik ialah bahasa yang berkembang selari dengan pengaruh agama Islam di Asia Tenggara.
2.0 Contoh Perkataan Bahasa Melayu Klasik
2.0 Contoh Perkataan Bahasa Melayu Klasik
Rajah 1: Kamus Bahasa Melayu Klasik
Bahasa Melayu Klasik
|
Bahasa
Melayu Moden
|
Cabai
|
Lada
|
Cacau
|
Keliru
|
Acita
|
Beras
|
Acak
|
Terburu-buru
|
Balun
|
Memukul
|
Bale
|
Balai
|
Bangkut
|
Menjadi
tua
|
Cakduh
|
Tidak
sempurna
|
Aci-aci
|
Umpama
|
Bangar
|
Busuk
|
3.0 Karya berbahasa Melayu Klasik
Sastera Rakyat:
Puisi Lama – Pantun
Pantun Dua Kerat (Nasihat)
Berapa jauh wujud dengan sifat,
Sejauh lutut dengan pelipat.
Sarang semut dalam gelap,
Sejauh lutut dengan pelipat.
Sarang semut dalam gelap,
Orang selimut selalu lelap.
Hitam-hitam pucuk kawa,
Sungguh hitam dipandang lawa.
Emas, perak tembaga suasa,
Malas bergerak tidak merasa.
Buah sintang buah senikul,
Satu memegang satu memikul.
Rangkap
|
Maksud
|
1
|
Melalui penampilan fizikal individu, kita turut dapat melihat sikap dan perwatakannya kerana dua aspek ini tidak jauh berbeza. Perbuatan dan tingkah laku seseorang dapat menggambarkan diri, sikap, cara berfikir dna membuat keputusan. Dengan itu, rangkap ini merupakan nasihat kepada masyarakat supaya menjauhi sifat atau sikap buruk.
|
2
|
Rangkap ini menyatakan bahawa orang yang berdiam diri, tidak melakukan sebarang pekerjaan akan ketinggalan. Sikap malas perlu dijauhi. Dalam erti kata lain, orang yang tidak produktif akan rugi kerana mensia-siakan masa.
|
3
|
Menurut rangkap ini, walaupun seseorang mempunyai kelemahan, orang tersebut tetap dipandang mulia sekiranya mempunyai ciri-ciri baik dan terpuji.
|
4
|
Individu yang malas berusaha tidak akan berpeluang menikmati kejayaan. Mereka sekadar kekal di takuk lama tanpa sebarang perubahan dan tidak akan mendapat rezeki yang banyak.
|
5
|
Individu yang cekap mampu melakukan dua atau lebih kerja dalam satu sama. Individu seperti ini bijak memanfaatkan masa dan peluang agar urusan-urusan yang dilakukan dapat selesai dengan cepat. Selain itu, rangkap ini boleh ditafsirkan sebagai keadaan dalam komuniti atau masyarakat yang saling membantu dan bekerjasama.
|
4.0 Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik
5.0 Fungsi Bahasa Melayu Klasik
6.0 Pengaruh Bahasa Asing dalam Bahasa Melayu Klasik
Sila klik link di bawah:
Latihan 2:
Apakah langkah untuk memperkenalkan bahasa Melayu Klasik dalam kalangan rakyat Malaysia?
Jawapan Soalan 2:
- Menyelitkan tajuk yang berkaitan dengan Bahasa Melayu Klasik dalam subjek Bahasa Melayu.
- Media massa sering menayangkan video yang berkaitan dengan maklumat bahasa Melayu Klasik.
- Memperbagaikan penerbitan buku-buku Bahasa Melayu Klasik.
Rujukan:
Rujukan:
Awang Sariyan. (1998). Bagaimanakah
tatabahasa dapat diajarkan secara menarik? - satu pandangan.
Fauziah Azan. (2015, February 24). PANTUN DUA KERAT
ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH. Retrieved from
https://www.youtube.com/watch?v=4PKPqhgrrWs&t=17s
Shamsul Aizuwani Nawi, Suhasni Dollah, &
Zurihan Yusoff. (2019). Pengenalan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Global Mediastreet Sdn. Bhd.
Wong Kiet Wah, Norlia Mat Esa, Tan Ai Lee, &
Ridza Ahmad Nizam Abd. Raof. (2019). Kemahiran Belajar. Selangor,
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.